Perutusan Sempena Pelancaran myspace2learn

Assalamualaikum…
Salam pertemuan dan salam perhubungan kepada anda semua. Alhamdulillah, akhirnya satu laman blog berasaskan pembelajaran telah berjaya di adakan dengan jayanya. Semoga dengan kehadiran blog ini akan member inspirasi kepada kita semua untuk merawat serta membaiki kereputan sistem pembelajaran di negara kita ini.

Blog ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran, motivasi dan matlamat masa panjang pelajar tersebut. Di sini, kami juga sedia menerima sebarang pendapat atau sumbangan dalam bentuk ilmuan yang dapat dikongsikan dengan semua pelajar yang melayari laman blog ini.
Justeru itu, kami mahu war-warkan blog ini sesuai untuk semua pelajar tanpa kira lapisan masyarakat dan umur. Diharapkan blog ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pelajar-pelajar yang melayari laman blog ini, insyallah…

Blog ini akan bermula dalam bahasa Malaysia dan insyaallah akan ditukar dalam bahasa inggeris dalam masa akan datang. Ia bagi memudahkan pelajar yang baru melayari laman blog ini mendapat input yang sebaiknya. Tetapi, sekiranya permintaan terhadap bahasa inggeris tinggi, kami akan tukarkan bahasa rasmi blog ini dalam bahasa inggeris.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi melayari laman blog ini. Semoga anda semua akan mendapat manfaat daripada itu.
Sekian, terima kasih.

Salam ukhwah,
syazwan
(Ahmad Syazwan Bin Mokhtar)
1 Ramadhan 1430H

Perutusan Sempena Pelancaran myspace2learn

Assallammualaikum pembuka bicara wara myspace2learn. Dengan menjadikan blog sebagai wadah untuk menghuraikan kata-kata yang terbuku di hati ini. Dengan pelancaran myspace2learn pada 22 ogos bersamaan satu ramadhan, saya mengharapkan sesuatu yang amat positif dari kehadiran blog ini. Banyak yang boleh diperkatakan mengenai soal ilmu bukan. Maka ia juga amat seronok di bualkan dan manfaat nya sangatlah besar jika kita benar- benar berjuang melalui medium ini. Siapa sangka jika penduduk islam di Malaysia merupakan pencetus revolusi ilmu di era akan datang. Ia sememangnya tidak mustahil walaupun kita sendiri selalu dan biasa dengan berita yang kurang enak mengenai anak-anak kita. Dan, sampai bilakah kita hanya mampu merenung dan melepaskan tanggungjawab sebagai pendidik kepada mereka. Myspace2learn telah kami reka supaya golongan yg ingin mencari jawapan terbaik kepada liku-liku pengajian mereka. Kami akan cuba menjadikan myspace2learn sebagai medium untuk pelajar mencari jalan keluar kepada pelbagai masalah sebagai seorang pelajar. Apa yang kami ingin sediakan kepada anda adalah beberapa penterjemahan buku atau kami sendiri membuat artikel mengenai matapelajaran diambil oleh setiap pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan khususnya. Memandangkan kami adalah pelajar dalam jurusan tersebut, maka kami akan cuba menyediakan seberapa banyak sumber rujukan kepada anda. Pelajar sekolah rendah dan menengah juga tidak terkecuali dari mendapatkannya. Segala penerangan mengenai matapelajaran kami akn cuba huraikan satu persatu hingga ke lubang cacing. Dan saya juga amat mengalu- alukan perbincangan mengenai pendidikan. Tidak kira dlam bidang academic,motivasi pelajar dan sebagainya. Pengetahuan yang tinggi terhadap amat penting kerana langkah-langkah seterusnya kami akan memperbaiki konsep blog ini. Di dalam artikel nanti para pembaca dapat mengenali ilmu yang dipelajari dengan lebih rapat lagi. Kami berpandangan begini, di Malaysia mempunyai peratusan yg besar golongan pelajar yang benar – benar ingin mendalami sesuatu matapelajaran itu. Contoh yang begitu mudah, mengapa mereka perlu belajar subjek sejarah? Semestinya mereka perlu tahu, jika tidak hak keistimewaan bumiputera sewenang wenagnya digugat kerana tiada kesedaran terhadap kepentingan jus soli yang temaktub didalam perlembagaan. Saya berkata sebegini bukan kerana bersikap perkauman, tapi kita perlu ingat, sejarah akan mengajar kita erti kehidupan. Jika kita tidak melalui zaman tersebut, sekurang- kurangnya, sekadar memahami secara mendalam ia amat membanggakan. Contoh lain, mengapa kita perlu belajar pengambiran didalam matapelajaran matematik tambahan. Ini kerana ia amat penting untuk penggunaan kejuruteraan. Pada masa akan datang saya akan menceritakan lebih lanjut lagi mengenai kepenggunaanya. Cukuplah sekadar pendahuluan intro blog kami ini. Semoga segala hasrat kami ingin melihat Malaysia melahirkan tokoh dan ilmuan yang hebat. Saya percaya ia sudah bermula dan terus mara.

Salam perjuangan,
nawawi
(Mohd Nawawi Bin Sahini)
1 Ramadhan 1430H

Perutusan Sempena Pelancaran myspace2learn

Salam perjuangan dan salam pembuka kepada semua pembaca blog myspace2learn...Tanggal 1 Ramadhan 1430H menjadi pilihan buat kami untuk membuat pelancaran myspace2learn.Pada tarikh ini juga bermakna blog kami sudahpun membuka tirai dan melayarkan sebuah bahtera yang akan mengharungi susah dan payah di dalam dunia blog.Mengimbau sejarah permulaan untuk beraksi di dalam dunia blog menyebabkan saya merasakan untuk mengerah semaksima mungkin masa,tenaga dan segalanya demi myspace2learn kerana komitmen dan kata-kata kerjasama yang diberikan oleh dua orang sahabat saya untuk merealisasikan impian ini cukup kuat di ingatan.

Seusai perbincangan kami bertiga maka nama myspace2learn menjadi pilihan dan “Bukan Bintang Biasa” menjadi tagline untuk kami gunakannya.Objektif blog ini ditubuhkan adalah untuk menjadi platform buat para ilmuan di dalam semua bidang terutama sekali dibidang kejuruteraan untuk berkongsi input ilmiah bersama.Misi kami adalah untuk menjadi penterjemah daripada bahasa Inggeris kepada bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu dalam bahan-bahan ilmiah kejuruteraan InsyaALLAH.Dengan adanya blog ini maka semua mahasiswa dapatlah menerima dan berkongsi ilmu-ilmu yang difahami untuk tatapan.InsyaALLAH blog ini akan menjadi salah satu rujukan buat para ilmuan.Akhir kalam daripada saya semoga kita doakan kejayaan demi kejayaan untuk myspace2learn dalam arena blog.

Salam mahasiswa,
hafizan
(Muhamad Hafizan Bin Abdull Rasid)
1 Ramadhan 1430H