Perutusan Sempena Pelancaran myspace2learn

Assallammualaikum pembuka bicara wara myspace2learn. Dengan menjadikan blog sebagai wadah untuk menghuraikan kata-kata yang terbuku di hati ini. Dengan pelancaran myspace2learn pada 22 ogos bersamaan satu ramadhan, saya mengharapkan sesuatu yang amat positif dari kehadiran blog ini. Banyak yang boleh diperkatakan mengenai soal ilmu bukan. Maka ia juga amat seronok di bualkan dan manfaat nya sangatlah besar jika kita benar- benar berjuang melalui medium ini. Siapa sangka jika penduduk islam di Malaysia merupakan pencetus revolusi ilmu di era akan datang. Ia sememangnya tidak mustahil walaupun kita sendiri selalu dan biasa dengan berita yang kurang enak mengenai anak-anak kita. Dan, sampai bilakah kita hanya mampu merenung dan melepaskan tanggungjawab sebagai pendidik kepada mereka. Myspace2learn telah kami reka supaya golongan yg ingin mencari jawapan terbaik kepada liku-liku pengajian mereka. Kami akan cuba menjadikan myspace2learn sebagai medium untuk pelajar mencari jalan keluar kepada pelbagai masalah sebagai seorang pelajar. Apa yang kami ingin sediakan kepada anda adalah beberapa penterjemahan buku atau kami sendiri membuat artikel mengenai matapelajaran diambil oleh setiap pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan khususnya. Memandangkan kami adalah pelajar dalam jurusan tersebut, maka kami akan cuba menyediakan seberapa banyak sumber rujukan kepada anda. Pelajar sekolah rendah dan menengah juga tidak terkecuali dari mendapatkannya. Segala penerangan mengenai matapelajaran kami akn cuba huraikan satu persatu hingga ke lubang cacing. Dan saya juga amat mengalu- alukan perbincangan mengenai pendidikan. Tidak kira dlam bidang academic,motivasi pelajar dan sebagainya. Pengetahuan yang tinggi terhadap amat penting kerana langkah-langkah seterusnya kami akan memperbaiki konsep blog ini. Di dalam artikel nanti para pembaca dapat mengenali ilmu yang dipelajari dengan lebih rapat lagi. Kami berpandangan begini, di Malaysia mempunyai peratusan yg besar golongan pelajar yang benar – benar ingin mendalami sesuatu matapelajaran itu. Contoh yang begitu mudah, mengapa mereka perlu belajar subjek sejarah? Semestinya mereka perlu tahu, jika tidak hak keistimewaan bumiputera sewenang wenagnya digugat kerana tiada kesedaran terhadap kepentingan jus soli yang temaktub didalam perlembagaan. Saya berkata sebegini bukan kerana bersikap perkauman, tapi kita perlu ingat, sejarah akan mengajar kita erti kehidupan. Jika kita tidak melalui zaman tersebut, sekurang- kurangnya, sekadar memahami secara mendalam ia amat membanggakan. Contoh lain, mengapa kita perlu belajar pengambiran didalam matapelajaran matematik tambahan. Ini kerana ia amat penting untuk penggunaan kejuruteraan. Pada masa akan datang saya akan menceritakan lebih lanjut lagi mengenai kepenggunaanya. Cukuplah sekadar pendahuluan intro blog kami ini. Semoga segala hasrat kami ingin melihat Malaysia melahirkan tokoh dan ilmuan yang hebat. Saya percaya ia sudah bermula dan terus mara.

Salam perjuangan,
nawawi
(Mohd Nawawi Bin Sahini)
1 Ramadhan 1430H

0 comments:

Post a Comment